Pernah dengar tentang LAD ?
Bagi mereka yang baru membeli rumah perlu mengetahui
mengenai LAD.
LAD : Liquidated and Ascertained Damages.
LAD bermaksud satu denda/ganti rugi yang dikenakan kepada
kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah
ditetapkan dalam kontrak.
Di antara kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang boleh
dikenakan tindakan LAD adalah seperti berikut:
1)Kelewatan menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual
yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan; dan
2)Kelewatan membekal/gagal membekal atau mutu barang yang
dibekalkan tidak mengikut spesifikasi dalam kontrak.
Bagaimanakah denda boleh dituntut daripada kontraktor?
Individu hanya perlu menulis surat dengan butir-butir
perkiraan denda dan meminta kontraktor bayaran dalam tempoh yang dinyatakan
dalam klausa kontrak.
Jika kontraktor gagal membayarnya, denda hendaklah dituntut
dari bayaran kemajuan atau sebarang baki bayaran yang kontraktor berhak
menerima.Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, tuntutan hendaklah dibuat
daripada bon pelaksanaan.
Klausa mengenai denda hendaklah dimasukkan dalam dokumen
kontrak.
Contoh Pengiraan LAD - FORMULA.
(Jumlah Harga Rumah Seperti Di S&P X 10% ) / 365 = y
(nilai LAD untuk sehari)
LAD = y (Nilai LAD sehari) X bilangan hari lewat dari sepatutnya.
Contoh :
Harga Rumah :RM 140,000.00
Tarikh S&P :31/12/2014
Tarikh Siap / Serah kunci sepatutnya :31/12/2016 (biasanya
pemaju sepatutnya menyerahkan kunci rumah 24 bulan selepas tarikh S&P
ditandatangani. Rujuk S&P anda).
Tarikh Siap / Serah kunci sebenarnya :01/10/2017
Bilangan Hari Lewat :
Jumlah hari 01/01/2017 - 30/12/2013 = 273 hari
Jumlah Hari Lewat 273 hari
Oleh itu kiraan untuk LAD adalah seperti berikut :
Dapatkan amaun LAD untuk sehari : RM 140,000 X 0.10 / 365 =
RM 38.36 sehari.
LAD keseluruhan = 273 hari X RM 38.36 = RM 10,472.28
Jumlah LAD yang boleh dituntut adalah sebanyak RM 10,472.28.
Pastikan semasa menuntut LAD ini sertakan sekali surat dan
klausa berkenaan LAD.
Maklumat ini biasanya tidak dimaklumkan oleh pemaju kepada
pembeli. Andai ada pemakluman daripada pemaju, pemaju itu adalah sangat baik.
Tetapi ketahuilah hak-hak anda.
Semoga bermanfaat.. :)
No comments:
Post a Comment