Tuesday, 28 March 2017
Monday, 20 March 2017
PENGENALAN KELUARGA WEFF MELALUI STICKER KENDERAAN (KERETA).
Penerangan.
Sticker kereta WEFF (Hadapan). |
Penerangan.
Segi Empat Tepat. (Sticker Petak Sama).
- Untuk cermin
hadapan kereta.
- Untuk cermin belakang/sisi kereta.
Maksud/makna.
9 Helai Daun dan 1 Tangkai.
- Menunjukkan jumlah
9 orang adik beradik kerabat/keluarga WEFF.
- Tangkai
menunjukkan ikatan saling berkait/susur galur Keluarga & Kerabat WEFF..
Warna.
Merah pada bismillah – memulakan sesuatu
dimulai dengan kalimah basmallah dan berwarna merah tanda berani/kuat.
Memulakan sesuatu dengan berani.
Hijau pada daun – Lambang keislaman,
keindahan alam semula jadi menunjukkan keluarga WEFF neutral, tenang serta
sihat dan segar sentiasa.
Perkataan Embah menunjukkan dalam bahasa jawa (Datuk
atau Nenek), istilah didalam keluarga jawa.
WARIS EMBAH HJ FATAH DAN HJH FATIMAH (WEFF)
Logo Rasmi WEFF. |
Perkumpulan WEFF telah terbentuk pada 21 Disember 2014.
Bibit permulaan pertemuan ini telah berlangsung di Teratak Ayahanda Hj Mastor
B. Hj Abd Fatah. Demi untuk mewujudkan perkataan sinonim dan mudah disebut maka
tertulislah perkataan “WEFF” ini dimajlis pertama WEFF pada tarikh ini.
Perkumpulan ini menyatukan 9 keluarga induk iaitu adik beradik Hj Abd Fatah dan
Hjh Fatimah. Ia terdiri daripada Embah
Hj Abd Fatah, Embah Minah, Embah bakar @ Pangat, Embah Hjh fatimah, Embah
Abdullah, Embah Ibrahim, Embah Zainab, Embah Khalimah dan 1 orang lagi Embah
yang masih belum ditemui berdasarkan rekod sejarah keluarga WEFF.
Selaras tertubuhnya
WEFF, dalam jarak masa yang amat dekat, WEFF telah membentuk identiti
tersendiri dan membuat sistem pengenalan keluarga melalui sticker di kenderaan
iaitu sticker kereta sebagai agen pengenalan keluarga agar mudah di kenali.
1. Lambang bentuk/objek MERAH dan KUNING ini mengambarkan keeratan dan keakraban 2 insan iaitu Datuk
dan Nenek WEFF.
2. 2 bentuk/objek
empat segi diatas menunjukkan dua bahu (Nenek & Datuk) yang berpeluk erat.
Diatas bentuk/objek segi empat terdapat tulisan jawi (Arab) menunjukkan sebagai
muslim/islam dan tertulis “KELUARGAKU HARAPAN SEMUA”. Ayat ini melambang
kekeluargaan yang amat erat.
3. WARNA.
MERAH –BERANI/SEMANGAT-Menunjukkan
Kreteria seorang nenek (perempuan) yang berperanan besar bagi kesejahteraan dan
kelestarian anggota-anggotanya, terutama anak-anak. Dalam keluarga (Nenek/Ibu)
merupakan lingkungan sosial yang terpenting bagi perkembangan dan pembentukan
peribadi anak-anak.
KUNING-GAGAH/DIHORMATI/TINGGI-Menunjukkan
Kreteria seorang (Lelaki) yang berperanan sebagai Ketua (Raja) yang mempunyai
sifat penstabil, pelindung, pendisiplin (protokol). Sesuai di anugerahkan
kepada (Datuk/Bapa).
4. Maksud perkataan WEFF
adalah Waris Embah Fatah dan Fatimah.(Waris Embah Hj Abd Fatah & Hjh
Fatimah).
Tulisan
Warna BIRU – Melambangkan cinta, romantis serta bermaksud luas/lebarnya
kekeluargaan WEFF ini diamping sejuk/nyaman/harmoni/damai dan fikiran
keseluruhan keluarga WEFF tenang.
5. Pemilihan motto atau frasa yang dipakai pada WEFF "KELUARGAKU HARAPAN SEMUA" ini
adalah agar mudah diingat. Serta berunsurkan “keeratan”. Moto atau frasa yang dipakai
oleh sesuatu entiti biasanya, sebagai ekspresi sebuah idea atau tujuan. Tulisan
berbahasa rumi dan berbentuk tulisan tangan adalah pilihan WEFF sebagai anak
melayu jati.
Tulisan berwarna putih di kelilingi hitam –
Putih menunjukkan bersih ia di tengah hitam kerana hati seluruh keluarga WEFF
putih bersih dan hitam melambang kan luaran keluarga WEFF tegas, kuat dan erat.
KESIMPULAN – Logo WEFF
menunjukkan 2 insan yg kita kagumi memeluk erat (Waris WEFF) kita sedari kecil
sehingga lah kita di ketika ini. Dengan penuh ranjau dan onak duri penuh kasih
sayang dan kekuatan yang terbatas pada ketika itu membesarkan kita semua.
Dengan harapan mereka berdua agar dimasa hadapan meraka, kita semua bersatu
hati serta erat tanpa ada batasan, berbeza darjat, dan perpecahan dengan
mengutamakan keluargaku harapan semua keluarga WEFF yang lain. Seperti pepatah
melayu mengatakan, cubit peha kiri peha kanan terasa dan berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ
الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا
“Orang
yang menyambung silaturahmi itu, bukanlah yang menyambung hubungan yang sudah
terjalin, akan tetapi orang yang menyambung silaturahmi ialah orang yang
menjalin kembali hubungan kekerabatan yang sudah terputus”. [Muttafaqun
‘alaihi].
Oleh karena itu, sambunglah hubungan silaturahmi dengan
kerabat-kerabat kita, meskipun mereka memutuskannya. Sungguh kita akan
mendapatkan balasan yang baik atas mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
HARI KELUARGA 2018..#WEFF5.0
WEFF 2018..di Sg Lampam, Perak DR... Alhamdulillah, selesai HKweff5.0 2018..
-
Akan Datang‼️ Mencari rezeki di bumi Tapah.. Bersebelahan UiTM Tapah.. Oder je..Kami Hantar..memudahkan Anda.. Tungguuu kemunculan un...
-
Kenangan #WEFF2015 kembali bertaut...tunggu 2016 ni ye!!!
-
02/10/2016 bersamaan 1 Muharam 1438H. Inilah hasilnya bersilaturrahim..keluarga besar Mertuaku..TAPAH with love..