Tuesday 24 October 2017

BELI RUMAH..RUMAH LAMBAT SIAP DAN SEBAGAINYA..APA ITU LAD???

Pernah dengar tentang LAD ?

Bagi mereka yang baru membeli rumah perlu mengetahui mengenai LAD.

LAD : Liquidated and Ascertained Damages.

LAD bermaksud satu denda/ganti rugi yang dikenakan kepada kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Di antara kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang boleh dikenakan tindakan LAD adalah seperti berikut:

1)Kelewatan menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan; dan

2)Kelewatan membekal/gagal membekal atau mutu barang yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi dalam kontrak.


Bagaimanakah denda boleh dituntut daripada kontraktor?

Individu hanya perlu menulis surat dengan butir-butir perkiraan denda dan meminta kontraktor bayaran dalam tempoh yang dinyatakan dalam klausa kontrak.
Jika kontraktor gagal membayarnya, denda hendaklah dituntut dari bayaran kemajuan atau sebarang baki bayaran yang kontraktor berhak menerima.Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, tuntutan hendaklah dibuat daripada bon pelaksanaan.

Klausa mengenai denda hendaklah dimasukkan dalam dokumen kontrak.


Contoh Pengiraan LAD - FORMULA.


(Jumlah  Harga Rumah Seperti Di S&P X 10% ) / 365 = y (nilai LAD untuk sehari)

LAD = y (Nilai LAD sehari) X bilangan hari lewat dari sepatutnya.

Contoh :

Harga Rumah :RM 140,000.00
Tarikh S&P :31/12/2014

Tarikh Siap / Serah kunci sepatutnya :31/12/2016 (biasanya pemaju sepatutnya menyerahkan kunci rumah 24 bulan selepas tarikh S&P ditandatangani. Rujuk S&P anda).

Tarikh Siap / Serah kunci sebenarnya :01/10/2017

Bilangan Hari Lewat :
Jumlah hari 01/01/2017 - 30/12/2013 = 273 hari

Jumlah Hari Lewat 273 hari


Oleh itu kiraan untuk LAD adalah seperti berikut :


Dapatkan amaun LAD untuk sehari : RM 140,000 X 0.10 / 365 = RM 38.36 sehari.
LAD keseluruhan = 273 hari X RM 38.36 = RM 10,472.28


Jumlah LAD yang boleh dituntut adalah sebanyak RM 10,472.28.

Pastikan semasa menuntut LAD ini sertakan sekali surat dan klausa berkenaan LAD.
Maklumat ini biasanya tidak dimaklumkan oleh pemaju kepada pembeli. Andai ada pemakluman daripada pemaju, pemaju itu adalah sangat baik.

Tetapi ketahuilah hak-hak anda.

Semoga bermanfaat.. :)

No comments:

Post a Comment

HARI KELUARGA 2018..#WEFF5.0

WEFF 2018..di Sg Lampam, Perak DR... Alhamdulillah, selesai HKweff5.0 2018..