Monday 27 March 2017

SEJARAH MAJLIS KELUARGA WEFF (WARIS EMBAH HJ ABD FATAH & HJH FATIMAH).

MAJLIS WEFF 2014..Akhbar Sinar Batang Padang 31 Januari 2015.




Majlis WEFF 2016...Akhbar Sinar Bagan Datuk 11 Januari 2017.



Monday 20 March 2017

MAJLIS KEHARMONIAN KELUARGA WEFF4.0 / WEFF2017..
Seuntai KASIH, Sejambak RASA, Selaut SAYANG..
#WEFF4.0.. #WEFF2017


Ingatan dari Ayahanda Hj Mastor Hj Abd Fatah.
Penasihat WEFF.
Memulakan perjalanan untuk #weff4.0 #weff2017.

JoMmMmMmMMM...

PENGENALAN KELUARGA WEFF MELALUI STICKER KENDERAAN (KERETA).

Sticker kereta WEFF (Hadapan).

Penerangan.
Segi Empat Tepat. (Sticker Petak Sama).
- Untuk cermin hadapan kereta.

Sticker kereta WEFF (Belakang/Sisi).

Segi Empat Sama (Sticker Panjang).
- Untuk cermin belakang/sisi kereta.

Maksud/makna.
9 Helai Daun dan 1 Tangkai.
- Menunjukkan jumlah 9 orang adik beradik kerabat/keluarga WEFF.
- Tangkai menunjukkan ikatan saling berkait/susur galur Keluarga & Kerabat WEFF..

Warna.
Merah pada bismillah – memulakan sesuatu dimulai dengan kalimah basmallah dan berwarna merah tanda berani/kuat. Memulakan sesuatu dengan berani.

Hijau pada daun – Lambang keislaman, keindahan alam semula jadi menunjukkan keluarga WEFF neutral, tenang serta sihat dan segar sentiasa.

Perkataan Embah menunjukkan dalam bahasa jawa (Datuk atau Nenek), istilah didalam keluarga jawa.
WARIS EMBAH HJ FATAH DAN HJH FATIMAH (WEFF)

Logo Rasmi WEFF.

Perkumpulan WEFF telah terbentuk pada 21 Disember 2014. Bibit permulaan pertemuan ini telah berlangsung di Teratak Ayahanda Hj Mastor B. Hj Abd Fatah. Demi untuk mewujudkan perkataan sinonim dan mudah disebut maka tertulislah perkataan “WEFF” ini dimajlis pertama WEFF pada tarikh ini. Perkumpulan ini menyatukan 9 keluarga induk iaitu adik beradik Hj Abd Fatah dan Hjh Fatimah. Ia  terdiri daripada Embah Hj Abd Fatah, Embah Minah, Embah bakar @ Pangat, Embah Hjh fatimah, Embah Abdullah, Embah Ibrahim, Embah Zainab, Embah Khalimah dan 1 orang lagi Embah yang masih belum ditemui berdasarkan rekod sejarah keluarga WEFF.


Selaras tertubuhnya WEFF, dalam jarak masa yang amat dekat, WEFF telah membentuk identiti tersendiri dan membuat sistem pengenalan keluarga melalui sticker di kenderaan iaitu sticker kereta sebagai agen pengenalan keluarga agar mudah di kenali.

Maksud Logo WEFF.


Mengambarkan 2 Kepala insan/individu/manusia. (Nenek & Datuk).


1. Lambang bentuk/objek MERAH dan KUNING ini mengambarkan keeratan dan keakraban 2 insan iaitu Datuk dan Nenek WEFF.




2. 2 bentuk/objek empat segi diatas menunjukkan dua bahu (Nenek & Datuk) yang berpeluk erat. Diatas bentuk/objek segi empat terdapat tulisan jawi (Arab) menunjukkan sebagai muslim/islam dan tertulis “KELUARGAKU HARAPAN SEMUA”. Ayat ini melambang kekeluargaan yang amat erat.

3. WARNA.

MERAH –BERANI/SEMANGAT-Menunjukkan Kreteria seorang nenek (perempuan) yang berperanan besar bagi kesejahteraan dan kelestarian anggota-anggotanya, terutama anak-anak. Dalam keluarga (Nenek/Ibu) merupakan lingkungan sosial yang terpenting bagi perkembangan dan pembentukan peribadi anak-anak.

KUNING-GAGAH/DIHORMATI/TINGGI-Menunjukkan Kreteria seorang (Lelaki) yang berperanan sebagai Ketua (Raja) yang mempunyai sifat penstabil, pelindung, pendisiplin (protokol). Sesuai di anugerahkan kepada (Datuk/Bapa).




4. Maksud perkataan WEFF adalah Waris Embah Fatah dan Fatimah.(Waris Embah Hj Abd Fatah & Hjh Fatimah).

Tulisan Warna BIRU – Melambangkan cinta, romantis serta bermaksud luas/lebarnya kekeluargaan WEFF ini diamping sejuk/nyaman/harmoni/damai dan fikiran keseluruhan keluarga WEFF tenang.




5. Pemilihan motto atau frasa yang dipakai pada WEFF "KELUARGAKU HARAPAN SEMUA" ini adalah agar mudah diingat. Serta berunsurkan “keeratan”. Moto atau frasa yang dipakai oleh sesuatu entiti biasanya, sebagai ekspresi sebuah idea atau tujuan. Tulisan berbahasa rumi dan berbentuk tulisan tangan adalah pilihan WEFF sebagai anak melayu jati.

Tulisan berwarna putih di kelilingi hitam – Putih menunjukkan bersih ia di tengah hitam kerana hati seluruh keluarga WEFF putih bersih dan hitam melambang kan luaran keluarga WEFF tegas, kuat dan erat.

KESIMPULAN – Logo WEFF menunjukkan 2 insan yg kita kagumi memeluk erat (Waris WEFF) kita sedari kecil sehingga lah kita di ketika ini. Dengan penuh ranjau dan onak duri penuh kasih sayang dan kekuatan yang terbatas pada ketika itu membesarkan kita semua. Dengan harapan mereka berdua agar dimasa hadapan meraka, kita semua bersatu hati serta erat tanpa ada batasan, berbeza darjat, dan perpecahan dengan mengutamakan keluargaku harapan semua keluarga WEFF yang lain. Seperti pepatah melayu mengatakan, cubit peha kiri peha kanan terasa dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Orang yang menyambung silaturahmi itu, bukanlah yang menyambung hubungan yang sudah terjalin, akan tetapi orang yang menyambung silaturahmi ialah orang yang menjalin kembali hubungan kekerabatan yang sudah terputus”. [Muttafaqun ‘alaihi].
Oleh karena itu, sambunglah hubungan silaturahmi dengan kerabat-kerabat kita, meskipun mereka memutuskannya. Sungguh kita akan mendapatkan balasan yang baik atas mereka.

HARI KELUARGA 2018..#WEFF5.0

WEFF 2018..di Sg Lampam, Perak DR... Alhamdulillah, selesai HKweff5.0 2018..